Posts

Showing posts from April, 2008

Setiap larangan terselindung hikmah

ISLAM satu-satunya agama diredai Allah yang menjamin kesejahteraan hidup umatnya di dunia dan akhirat. Malah, Islam juga adalah agama yang memelihara kehidupan umatnya daripada perkara mudarat dan merosakkan. Oleh itu, Islam mensyariatkan hukum halal dan haramnya dalam setiap aspek kehidupan umatnya. Setiap Muslim wajib memelihara perkara yang halal dan haram dalam pemakanannya supaya tidak termasuk bahan haram yang akhirnya menjadi isi daging. Bagi daging yang tumbuh daripada sumber haram, maka api neraka bahan pembakarnya. Ini jelas daripada sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Setiap daging badannya yang tumbuh daripada benda haram (yang menghilangkan berkat), maka nerakalah yang lebih utama bagi orang itu.” (Hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi) Oleh itu, setiap Muslim wajib berhati-hati terhadap pemakanannya supaya bersih daripada sumber yang haram. Akan tetapi, seseorang Muslim juga harus peka dan sensitif terhadap perkara haram yang lain selain pemakanan. Setiap apa yang diharamkan ...

Jiran baik umpama harta tak ternilai

MANUSIA tidak boleh berdiri tanpa pertolongan serta simpati orang lain terutama jiran, pihak yang paling hampir dengan kita untuk menikmati kesenangan dan membantu serta memberi sokongan tatkala menghadapi kesusahan. Kata pujangga, ada empat faktor untuk kita menikmati kehidupan selesa, iaitu rumah yang lapang, isteri yang setia, kereta yang tidak rosak dan jiran yang baik. Apabila kita mendapat jiran baik serta berbudi, bererti kita berjaya mendapat sesuatu yang mahal serta tidak ternilai harganya. Tetapi jika kita mendapat jiran tetangga yang kurang berbudi, kita akan menghadapi keadaan yang tidak selesa dan merumitkan. Hakikatnya, sakit pening, susah senang, jiran adalah orang paling utama untuk kita mengadu. Apatah lagi dalam hal kecemasan, jiran orang pertama yang diharapkan untuk menghulur bantuan atau yang diharapkan bagi mendapatkan pertolongan. Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: “Bahawa dua orang pertama yang akan diadili pada hari kiamat nanti ialah dua saudara yang b...

Solat, zikir, al-Quran terapi tekanan perasaan

DUNIA pekerjaan memang memberi pengaruh yang cukup terkesan dalam kehidupan. Apa tidaknya, satu pertiga daripada kehidupan seharian diluangkan di tempat kerja. Tekanan kerja jika bijak dikawal akan meningkatkan produktiviti kerja dan motivasi, tetapi jika sebaliknya akan memberi impak negatif kepada diri sendiri. Tekanan disebabkan pekerjaan adalah interaksi kompleks antara persekitaran tempat kerja, personaliti dan reaksi tubuh badan serta mental seseorang. Persekitaran pekerjaan memberikan desakan serta tekanan tertentu yang merangsang tindak balas individu secara mental dan fizikal. Tugas terlalu banyak, hubungan dengan rakan sekerja yang tidak baik, ketua suka marah dan suasana kerja tidak selesa adalah contoh persekitaran kerja yang memberi tekanan negatif. Tekanan itu seterusnya memberi impak terhadap kesihatan psikologi dan fisiologi seseorang individu jika tidak ditadbir atau tidak dikawal dengan metodologi tepat. Banyak implikasi negatif berlaku apabila seseorang tidak dapat m...

Mendidik jiwa supaya sentiasa reda

Mensyukuri nikmat dan sabar ketika ditimpa musibah pengukur darjat keimanan FIRMAN Allah yang bermaksud: "Allah maha berkuasa atas segala sesuatu, Dialah yang mentakdirkan adanya kematian dan kehidupan untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu; siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya." � (Surah al-Mulk, ayat 1-2) Menyingkap maksud firman Allah itu, manusia sentiasa akan diuji dengan kebaikan dan kesulitan. Segala perkara atau peristiwa berlaku dengan izin dan kehendak Allah. Bagi Allah segala-galanya adalah kebaikan untuk hambanya. Penerimaan manusia boleh jadi berbeza sama ada perkara itu baik atau buruk kecuali orang mukmin yang memiliki keimanan sebenar. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Allah sungguh kagum kepada orang mukmin, apabila menerima nikmat ia bersyukur dan apabila ditimpa musibah ia bersabar." � (Maksud al-Hadis) Setiap detik kehidupan kita perlu meyakini bahawa kita berada dalam ujian Allah sehingga roh bercerai daripada badan. Firman ...

Ibuku seorang pembohong

Assalamu’alaikum.. *Artikel ini bukan nukilan ana.. tetapi difowardkan oleh seorang sahabat lalu menyentuh hati ana dan terpanggil untuk berkongsi dengan kalian semua* kisahnya.. Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian. Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : “”Makanlah nak ibu tak lapar.” – PEMBOHONGAN IBU...

Allah mengetahui tahap keikhlasan kita

Sheikh Sya'rawi berkata: "Mereka yang seperti batu yang licin yang ada padanya debu kemudian datangnya hujan tanpa meninggalkan sebarang bekas merupakan sifat-sifat bagi siapa yang dikehendaki dengan infak secara riak kepada manusia. Lantas Allah membatalkan balasan untuk mereka dan tidak mentaufikkan ke arah kebaikan dan pahala. "Seterusnya Allah menyebut yang berlawanan dengan sifat di atas iaitu mereka yang menafkahkan semata-mata kepada Allah SWT". Firman Allah SWT, Dan perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan Allah dan untuk keteguhan jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi. Sayyid Qutub berkata: "Ia menginfakkan harta kerana keyakinannya yang teguh kepada kebajikan, kerana kesedaran yang lahir dari keimanannya dan kerana keimanannya yang bertunjang dengan mendalam di dalam hati nuraninya. "Jika hati yang keras ditutup dengan tabir riak itu dilambangkan dengan batu licin yang keras yang ditut...