Posts

Showing posts from 2007

IMAM BUKHARI - KETELITIAN YANG LUAR BIASA

Mengembara beribu batu untuk menuntut ilmu, mempelajari dan mengumpul hadis-hadis Rasulullah SAW bukanlah satu kerja yang mudah. Tapi itulah minat dan kecintaan lelaki luar biasa ini. Kesungguhannya amat ketara walaupun umurnya masih muda remaja. Pernah Imam Bukhari bermusafir 8,000 kilometer untuk mendapatkan sepotong hadis sahaja. Bagaimanapun, beliau sangat teliti dalam menyaring Hadis-hadis yang diterimanya sebelum mengklasifikasikannya sebagai Hadis sahih. Satu ketika beliau pergi ke rumah seorang perawi Hadis. Beliau melihat orang berkenaan sedang menabur sesuatu kepada binatang ternakannya. Rupa-rupanya dia menabur pasir untuk mengumpan haiwan itu supaya mendekatinya. Melihat perbuatan orang tersebut, terdetik di hati Imam Bukhari, "Kalau orang ini boleh berlaku tidak jujur dengan haiwan, dia juga boleh berlaku tidak jujur dengan ilmu." Lalu beliau sekadar berjumpa orang itu-tetapi tidak mengambil Hadis daripadanya. Bagaimanapun, sekiranya beliau tidak menerima Hadis-h...

Tombo Ati ( Ubat Hati)

Tombo Ati Tombo Ati iku limo perkorone Kaping pisan moco Qur’an lan maknane Kaping pindo sholat wengi lakonono Kaping telu wong kang sholeh kumpulono Kaping papat kudu weteng ingkang luwe Kaping limo dzikir wengi ingkang suwe Salah sawijine sopo iso ngelakoni Mugi-mugi Gusti Allah nyembadani Obat Hati ada lima perkaranya Yang pertama baca Qur’an dan maknanya Yang kedua sholat malam dirikanlah Yang ketiga berkumpullah dengan orang sholeh Yang keempat perbanyaklah berpuasa Yang kelima dzikir malam perbanyaklah Salah satunya siapa bisa menjalani Moga-moga Gusti Allah mencukupi

Empat Puluh Tahun Berbuat Dosa

Abu Burdah bin Musa Al-Asy’ari meriwayatkan, bahawa ketika menjelang wafatnya Abu Musa pernah berkata kepada puteranya: “Wahai anakku, ingatlah kamu akan cerita tentang seseorang yang mempunyai sebuku roti.” Dahulu kala di sebuah tempat ibadah ada seorang lelaki yang sangat tekun beribadah kepada Allah. Ibadah yang dilakukannya itu selama lebih kurang tujuh puluh tahun. Tempat ibadahnya tidak pernah ditinggalkannya, kecuali pada hari-hari yang telah dia tentukan. Akan tetapi pada suatu hari, dia digoda oleh seorang wanita sehingga diapun tergoda dalam pujuk rayunya dan bergelumang di dalam dosa selama tujuh hari sebagaimana perkara yang dilakukan oleh pasangan suami-isteri. Setelah ia sedar, maka ia lalu bertaubat, sedangkan tempat ibadahnya itu ditinggalkannya, kemudian ia melangkahkan kakinya pergi mengembara sambil disertai dengan mengerjakan solat dan bersujud. Akhirnya dalam pengembaraannya itu ia sampai ke sebuah pondok yang di dalamnya sudah terdapat dua belas orang ...

Hidup kita Cuma dalam 2 nafas

ASSALAMUALAIKUM SEMOGA LAMPIRAN INI AKAN SENTIASA MENGINGATKAN KITE KEPADA ALLAH S.W.T SAHABATKU, HIDUP KITA CUMA DI DALAM MASA 3 HARI: 1. Semalam - Sudah menjadi sejarah 2. Hari Ini - Apa yang sedang kita lakukan 3. Esok - Hari yang belum pasti Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua. HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS : 1. Nafas Naik 2. Nafas Turun Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah keredhaanNya dalam menggunakannya. Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama Nyawa dan Roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini. HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN : 1. Hidup dalam keredhaan Allah 2. Hidup dalam kemurkaan Allah HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT : 1. Kekal di dalam neraka 2. Kekal di dalam syurga Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN. Rukun ...

Persoalan Hidup Seorang Manusia, Kenapa ?

KENAPA AKU DIUJI? "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3 KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN? "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216 KENAPA SUSAH SANGAT UJIAN INI? "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." -Surah Al-Baqarah ayat 286 RASA FRUST? TENSION? LEMAH SEMANGAT? "Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139 BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAP...

Nasihat untuk Setiap Insan

(1)BERKATA SAIDINA ALI K.R.W: Ilmu itu sebaik-baik pusaka Adab itu sebaik-baik sifat Taqwa itu sebaik-baik bekalan Ibadah itu sebaik-baik barang perniagaan Amal soleh itu sebaik-baik pemimpin (ke syurga) Akhlak yang baik itu sebaik-baik teman Kelembutan itu sebaik-baik pelayan Qanaah itu sebaik-baik kekayaan Taufik itu sebaik-baik penolong/penyelamat Kematian itu sebaik-baik guru (2)BERKATA SAIDINA UMAR AL-KHATTAB "Tidak baik 10 perkara melainkan dengan 10 perkara:- Tidak baik akal melainkan dengan warak Tidak baik berlebihan melainkan sengan ilmu Tidak baik kemenangan melainkan dengan rasa takut kepada Allah Tidak baik pemerintahan melainkan dengan keadilan Tidak baik kemuliaan melainkan dengan peradaban Tidak baik kegembiraan melainkan dengan aman Tidak baik kekayaan melainkan dengan menderma Tidak baik fakir melainkan dengan qanaah Tidak baik ketinggian melainkan dengan tawadhuk Tidak baik jihat melainkan dengan petunjuk (3) ABU HURAIRAH R.A. BERSABDA RASULULLAH "Sembahya...

Restu Ibu

Suatu hari seorang alim yang sangat takwa kepada Tuhan bermaksud untuk pergi ke Tanah Suci mengerjakan ibadah haji. Waktu dia meminta izin kepada ibunya, ternyata perempuan tua itu sangat keberatan. Menurut ibunya, tunda dahulu keberangkatanmu sampai tahun depan. Ia merasa bimbang terhadap keselamatan anaknya, kerana orang alim itu adalah satu-satunya anak yang hidup dari hasil perkahwinan dengan almarhum suaminya. Rupanya orang alim yang soleh itu sudah tidak dapat menahan keinginannya untuk menunaikan rukun Islam yang kelima. Maka, walaupun tidak mendapat restu dari ibunya, dia berkemas-kemas lalu berangkat menuju ke Tanah Haram. Jelas keputusannya ini bertentangan dengan ajaran Nabi. Kerana redha Allah bergantung kepada redha orang tua, begitu pula murka Allah terletak dalam murka orang tua. Ketika menyaksikan anaknya yang pergi juga, ibu yang sudah tua itu tergopoh-gapah mengejar anaknya. Akan tetapi anaknya itu sudah telalu jauh. Dia tidak mendengar suara ibunya yang memanggil-man...

Teka-Teki Imam Ghazali

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (teka-teki): Teka-Teki #1 Imam Ghazali : "Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?" Murid 1 : "Orang tua." Murid 2 : "Guru." Murid 3 : "Teman." Murid 4 : "Kaum kerabat." Imam Ghazali : "Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah Ali-Imran: 185)." Teka-Teki #2 Imam Ghazali : "Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?" Murid 1 : "Negeri China." Murid 2 : "Bulan." Murid 3 : "Matahari." Murid 4 : "Bintang-bintang." Iman Ghazali : "Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang ...

Kisah Pohon Semalu

Pada suatu hari, Rasulullah S.A.W berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah R.A. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek. Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya). Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim. Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wani...

Bulan-Bulan Hijrah Dan Peristiwa Yang Berkaitan Dengannya

1. MUHARRAM (29 Hari) * 1 Muharram - Awal Hijrah * 10 Muharram - Hari Asyura * Hari kematian Saidina Hussein bin Ali, cucu Rasulullah S.A.W 2. SAFAR (29 Hari) 3. RABI'UL AWAL (29 Hari) * 1 Rabi'ul Awwal - Nabi Muhammad dilantik menjadi Rasul * 2, 3, & 4 Rabi'ul Awwal - Rasulullah bersembunyi di Gua Hira * 8 Rabi'ul Awwal - Pembinaan Masjid Quba', masjid pertama dalam sejarah Islam * 12 Rabi'ul Awwal - Hari Keputeraan baginda Rasul * 12 Rabi'ul Awwal - Hari Kewafatan baginda Rasul 4. RABI'UL AKHIR (30 Hari) * Berlakunya perang Jamal, perang saudara pertama dalam Islam 5. JAMADIL AWAL (29 Hari) * 8 Jamadil Awal - Hari kelahiran Saidina Ali bin Abi Talib 6. JAMADIL AKHIR (30 Hari) * 8 Jamadil Akhir - Saidina Umar dilantik menjadi Khalifah II * 20 Jamadil Akhir - Tarikh kelahiran Siti Fatimah * 28 Jamadil Akhir - Wafatnya Saidina Abu Bakar 7. REJAB (30 Hari) * 26-27 Rejab - Israk Mikraj 8. SYA'BAN (30 Hari) * 14 Sya'ban - Malam Nisfu Sya'ban ...

9 Siti Impian

Antara 9 Siti yang patut dicontohi: 1) Siti Khadijah Beliau merupakan isteri Rasulullah S.A.W yang melahirkan anak-anak Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang-orang kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kepada Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'. 2) Siti Fatimah Anak Rasulullah yang tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kepada suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan satu bantal dan kadang-kadang berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah berkata, “Aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.” 3) Siti A'ishah Beliau isteri Rasulullah yang paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dengan Rasulullah. Di mana Nabi S.A.W minum, di situ beliau akan minum menggunakan bekas yang sama. 4) Siti Hajar Isteri Nabi Ibrahim yang patuh kepada suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air...

Air Tangan Orang Yang Tidak Bersolat

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar, dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa A.S. Begini kisahnya... Pada zaman Nabi Musa A.S, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga dan masih belum mempunyai zuriat lagi lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "Kalaulah aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam." Hendak dijadikan cerita, dengan kehendak-Nya, isteri si lelaki tadi pun hamil dan selamat melahirkan anak. Bila sudah mendapat anak, lelaki ini pun runsinglah kerana dia sudah bernazar untuk minum air kencing anjing hitam dan dia mestilah menunaikannya. Syariat pada zaman Nabi Musa A.S berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad S.A.W. Kalau syariat untuk umat Nabi Muhammad S.A.W, jika bernazar menggunakan benda yang haram, maka tidak perlu dibuat tetapi dikenakan denda (dam) atau sedekah. Tapi, kalau syariat di zaman Nabi Musa A.S,...

Sinar Cahaya Ayat Kursi

Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah S.A.W tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawapan salam daripada isterinya.Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu. Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut hadis-hadis: 1) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah S.W.T mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. 2) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah S.W.T hingga sembahyang yang lain. 3) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah S.W.T memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jir...

Kisah Seorang Lelaki dan Iblis

Suami isteri itu hidup tenteram mula-mula. Meskipun melarat, mereka taat kepada perintah Tuhan. Segala yang dilarang Allah dihindari dan ibadah mereka tekun sekali. Si Suami adalah seorang yang alim yang taqwa dan tawakkal. Tetapi, sudah beberapa lama isterinya mengeluh terhadap kemiskinan yang tiada habis-habisnya itu. Dia memaksa suaminya agar mencari jalan keluar. Dia membayangkan alangkah senangnya hidup jika segala-galanya serba cukup. Pada suatu hari, lelaki yang alim itu berangkat ke ibu kota, mahu mencari pekerjaan. Di tengah perjalanan dia melihat sebatang pohon besar yang tengah dikerumuni orang. Dia mendekat. Ternyata orang-orang itu sedang memuja-muja pohon yang konon keramat dan sakti itu. Banyak juga kaum wanita dan pedagang-pedagang yang meminta-minta agar suami mereka setia atau dagangnya laris. “Ini syirik,” fikir lelaki yang alim tadi. “Ini harus dibanteras habis. Masyarakat tidak boleh dibiarkan menyembah serta meminta selain Allah.” Maka, pulanglah dia terburu. Iste...

Kisah Dari Kitab Allah Yang Dahulu

Suatu ketika, Rasulullah S.A.W telah ditanya tentang suhuf yang diturunkan kepada suhuf Nabi Allah Musa A.S. Rasulullah S.A.W berkata, “Sebahagian daripada kandungan suhuf Nabi Musa A.S: 1. Aku hairan pada orang yang telah meyakinkan akan datangnya kematian (yakin dirinya akan mati dan ditanya tentang amalannya), tetapi mengapa mereka merasa seronok dan gembira di dunia (tidak membuat persediaan)? 2. Aku hairan kepada orang yang telah meyakini akan adanya qadar (ketentuan) Allah, tetapi mengapa mereka marah-marah (bila sesuatu musibah menimpa dirinya)? 3. Aku hairan pada orang yang telah meyakini akan adanya hisab (hari pengiraan amal baik dan buruk), tetapi mengapa mereka tidak berbuat kebaikan?” Rasulullah S.A.W ditanya pula tentang sebahagian daripada kitab Taurat, Nabi berkata, “Antara kandungannya ialah: 1. Wahai anak Adam, janganlah kau merasa khuatir akan kekuasaan (pangkat), selagi kekuasaan-Ku kekal abadi iaitu tidak akan hilang selamanya. 2. Wahai anak Adam, sesungguhnya Kami...

25 Pesanan Luqman

Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH. Orang - orang yg sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga. Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH. Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman. Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah...

6 perkara Allah sembunyikan

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata: "Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?." Lalu Allah swt berfirman yangbermaksud.. "Tidak" Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tet api diakhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai,namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat y...

Air Mata Seorang Nabi

Airmata seorang Nabi...kerana Umat'nya sungguh menyayat hati...sila baca Buat pedoman untuk kita semua. Hayatilah… Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maaflah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasululla...

Asas Keimanan

Iman yang benar ialah iman yang merangkumi pengertian dan ciri-ciri keimanan seperti bersih daripada syirik Khafi dan riya'.Iman yang benar meresap ke dalam hati dan bertakhta di jiwamenggerakkan anggota zahir untuk melakukan ketaatan kepada Allah SWT, menjadikan perkara-perkara ghaib seolah-olah hadir di depan mata, memenuhkan jiwa dengan perasaan tenang, tabah dan tetap pendirian, memudahkan mereka yang mempunyai iman seperti ini berkorban apa sahaja demi jalan Allah, menambahkan penggantungan, kepercayaan, tawakkal, harapan, takut dan penyerahan mereka kepada Allah SWT. Bila pengertian iman seperti ini memenuhi hati seseorang muslim jiwa akan ringan melakukan apa sahaja bentuk ibadah dan ikhlas semata-mata kerana Allah SWT.Ibadah dan iman seperti ini mempunyai pengaruh dan kesan yang besar dalam kehidupan di dunia dan akhirat.Kehidupan dunia akan dipenuhi dengan kegembiraan, kebahagiaan, dan ketenangan yang meresap di seluruh jiwa.Kegemilangan yang sungguh indah dan cahaya yang ...

Amal salih penerang kegelapan dalam kubur

Tajdid Iman Bersama Dr Juanda Jaya KETIKA Amirul Mukminin Khalifah Umar al-Khattab RA mengalami sakratul maut, beliau meminta kepada anaknya supaya meletakkan pipinya di atas tanah. Umar menangis sambil berkata: “Semoga Allah mengampuniku, Wahai Tuhan Pemilik Kerajaan yang tidak akan hilang, kasihanilah orang yang kerajaannya hilang.” Mati diimpikan oleh orang beriman adalah mati yang membawa kepada kehidupan baru. Hidup dalam pelukan rahmat Tuhannya. Seperti firman Allah bermaksud: “Janganlah kamu menyangka bahawa orang yang terbunuh di jalan Allah itu mati, bahkan mereka itu hidup, di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki.” – Surah Ali ‘Imran: Ayat 169. Terbunuh di jalan Allah bermakna mati syahid ketika berperang fi sabilillah. Bagaimanakah pula halnya dengan hamba Allah yang mati di atas katilnya? Yang menderita sakit atau orang mati tanpa sempat mengucapkan kata-kata perpisahan kepada keluarganya? Adakah mereka mendapat nikmat hidup di sisi Allah sama seperti orang mati syahid? Seb...

Tetamu Terakhir

Saudaraku, Tahukah siapa tetamu terakhir yang akan mengunjungimu? Tahukah anda apa tujuan ia menziarahi dan menemuimu? Apakah hajatnya darimu? Ketahuilah! Ia tidak datang kerana dahagakan hartamu, atau kerana ingin menikmati hidangan lazat bersamamu, atau meminta bantuanmu untuk membayar hutangnya, atau memintamu memberikan sokongan kepada seseorang atau untuk menyelesaikan urusan yang tidak mampu ia selesaikan!! Tetamu ini datang untuk satu urusan penting yang telah ditetapkan. Anda dan keluarga anda malah seluruh penduduk bumi ini tidak akan mampu menggagalkannya dalam misinya tersebut! Walaupun anda tinggal di istana-istana yang tinggi, berlindung di benteng-benteng yang kukuh dan di menara-menara yang kuat, dikawal dengan ketat, anda tidak dapat mencegahnya masuk untuk menemuimu dan menunaikan urusannya denganmu!! Untuk menemuimu, ia tidak perlu pintu masuk, atau meminta izin, dan membuat temujanji terlebih dahulu sebelum datang. Ia akan datang bila-bila dan dalam keadaan apapun; k...

Allah akan mengganti yang lebih baik

Allah tidak pernah mencabut sesuatu dari anda kecuali Dia menggantikannya dengan yang lebih baik. Tetapi, itu apabila anda bersabar dan tetap redha dengan segala ketetapan-Nya. “Barangsiapa yang Aku butakan kedua matanya, lalu ia bersabar, nescaya akan Aku ganti dengan syurga.” (al-Hadith) “Siapa saja orang di dunia ini yang kekasihnya Aku cabut nyawanya, kemudian dengan cubaan yang Aku timpakan ini dia (bersabar dan) mengharap pahalaKu nescaya akan Aku ganti dengan syurga.” (al-Hadith) Yakni; barangsiapa kehilangan anaknya tetap berusaha untuk bersabar, maka di alam keabadian kelak akan dibangunkan untuknya sebuah Baitul-Hamd. Sila anda qiaskan kejadian-kejadian tersebut dengan kehidupan anda, kerana yang dipaparkan di sini sekadar contoh. Maka anda tidak usah terlalu bersedih, dengan musibah yang menimpa anda, sebab yang menentukan semua itu memiliki syurga, balasan, pengganti dan ganjaran yang besar. Para waliyullah yang pernah ditimpa musibah, ujian dan cubaan akan mendapatkan peng...

Tiga golongan layak jadi penghuni syurga

SESEORANG yang beriman belum tentu ia seorang bertakwa tetapi jika seseorang itu bertakwa, sudah tentu ia orang yang beriman. Dalam al-Quran, Allah menggesa orang yang beriman supaya bertakwa kepada Allah dengan sebenar-benar takwa. Firman Allah yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan sebagai Muslim.” – (Surah ali-Imran, ayat 102) Ayat ini menjelaskan tidak semua orang yang beriman itu benar-benar bertakwa hinggakan Allah menegur mereka supaya menjadi orang yang bertakwa dengan melakukan amal salih. Mereka yang sudah beriman, beramal salih dan bertakwa disediakan Allah ganjaran syurga. Ketahuilah bahawa dalam syurga terdapat nikmat yang tidak pernah terlintas oleh mata, telinga dan hati manusia. Inilah kebesaran Allah terhadap hamba-Nya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Untuk hamba-Ku yang salih, Aku sediakan kesenangan yang tidak pernah terlintas oleh mata, tidak pe...

Dosa Tanpa Taubat

DOSA tanpa taubat menyebabkan satu titik hitam pada hati. Hati adalah organ yang paling utama dalam tubuh manusia dan nikmat paling agung diberikan oleh Allah. Hati menjadi tempat Allah membuat penilaian terhadap hambaNya. Pada hatilah letaknya niat seseorang. Niat yang ikhlas itu akan diberi pahala oleh Allah. Hati perlu dijaga dan dipelihara dengan baik agar tidak rosak, sakit, buta, keras dan lebih-lebih lagi tidak mati. Sekiranya berlaku pada hati keadaan seperti ini, kesannya adalah membabitkan seluruh anggota tubuh badan manusia. Maka, akan lahirlah penyakit masyarakat berpunca dari hati yang sudah rosak itu. Justeru, hati adalah amanah yang wajib dijaga sebagaimana kita diamanahkan untuk menjaga mata, telinga, mulut, kaki, tangan dan sebagainya daripada berbuat dosa dan maksiat. Hati yang hitam ialah hati yang menjadi gelap kerana dosa. Setiap satu dosa yang dilakukan tanpa bertaubat itu akan menyebabkan terjadinya satu titik hitam pada hati. Itu baru satu dosa. Maka bayangkanla...

Sejarah solat 5 waktu

Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan. Subuh: Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat. Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam. Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma. Zohor: Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iait...

Kelebihan bulan rejab

KELEBIHAN BULAN REJAB Bulan-bulan hijrah datang dan pergi tanpa disedari. Hanya Ramadan dan Syawal sahaja yang kebanyakkan kita sedar kedatangannya. Berikut adalah himpunan kelebihan-kelebihan bulan Rejab yang boleh dimanafaatkan oleh umat islam dengan memperbanyakkan ibadah. 1. Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat. 2. Sabda Nabi s.a.w.: Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadan bulan umatku. 3. Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Syaaban dengan malam NISFUnya dan Ramadan dengan LAILATUL QADARnya. 4. Malam awal Rejab mustajab do'anya. ( Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi) 5. Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya. 6. Puasa 3 hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan). 7. Puasa 4 hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala...

Hukum Melancap, Onani

Pertanyaan: Ada seseorang yang berkata: Apabila seorang lelaki melakukan onani, apakah hal itu boleh disebut zina dan apakah hukumnya? Jawapan: Ini yang disebut oleh sebahagian orang “kebiasaan tersembunyi” dan disebut pula “jildu ‘umairah” dan “istimna” (onani). Jumhur ulama mengharamkannya, dan inilah yang benar, sebab Allah SWT ketika menyebutkan orang-orang Mukmin dan sifat-sifatnya berfirman, وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ. إِلَّا عَلَى أَزْوَاجِهِمْ أوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ .فَمَنِ ابْتَغَى وَرَاء ذَلِكَ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْعَادُونَ “Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba-hamba yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Barangsiapa mencari yang di sebalik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.” (Al-Mukminun: 5-7). Al-’adiy ertinya orang yang zhalim yang melanggar peraturan-peraturan Allah. Di dalam ayat di atas Allah memberitakan bah...