Posts

Showing posts from March, 2008

Rasulullah solat aidilfitri di tanah lapang

MENURUT ulama, solat hari raya mula dikerjakan oleh Rasulullah s.a.w. ialah solat Aidilfi tri pada tahun kedua hijrah dan Baginda berkekalan mengerjakannya hingga akhir hayatnya. Hukum melakukan solat Aidilfi tri sebanyak dua rekaat adalah sunat muakkad. Rukun, sunat dan syaratnya sama seperti solat fardu yang lima, kecuali beberapa perkara sunat ada tambahan. Waktu mengerjakannya bermula dari terbit matahari tetapi sunat diakhirkan hingga matahari naik kira-kira segalah dan berkekalan waktunya hingga gelincir matahari. Solat Aidilfi tri disunatkan mengerjakannya secara berjemaah, malah Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam, lelaki dan wanita, tua dan muda (termasuk kanak-kanak) keluar melakukannya secara berjemaah bagi menegakkan syiar Islam. Tetapi sebelum itu disunatkan mandi dan memakai pakaian elok, disertakan wangian kecuali wanita. Disunatkan juga menjamah makanan dahulu sebelum ke masjid untuk mengerjakan solat sunat terbabit. Pergi dan kembali dari mengerjakan solat disuna...

Adab menziarahi orang sakit

* Jangan duduk terlalu lama ketika menziarahi pesakit kerana perbuatan ini boleh mengganggunya. * Apabila berada di sisinya, hendaklah sentuh dan pegang tangannya. Kemudian letakkan tangan pada dahinya serta tanya mengenai penyakit dan keadaannya. * Berdoa supaya dia segera sembuh. * Ceritakan kelebihan sakit yang dialami sahabat, rasul dan nabi serta orang beriman supaya pesakit itu tidak berasa gelisah dengan kesakitan dialaminya. * Berikan nasihat yang baik serta ucapkan perkataan yang dapat meredakan kesakitannya seperti "bersabarlah, kesakitan ini adalah satu ujian." * Jangan makan makanan yang dihadiahkan kepadanya atau makanan yang disediakan untuknya. * Sunat dibacakan doa untuknya, seperti dalam hadis yang dinyatakan at-Tirmidzi yang bermaksud: "Ya Allah, hilangkanlah penyakitnya, wahai Tuhan bagi manusia, sembuhkanlah. Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada kesembuhan melainkan kesembuhan dari-Mu jua, sesuatu sembuhan yang tidak meninggalkan sebarang penyakit....

Nabi tegur kesalahan secara kiasan

ANTARA kaedah yang digunakan Nabi Muhammad s.a.w dalam memberikan tunjuk ajar kepada umatnya ialah tidak menjuruskan ucapan kepada orang yang bersalah dengan menyebut kesalahannya. Baginda biasanya membuat teguran dengan menggunakan lafaz yang ditujukan kepada orang yang tidak ada dalam majlis atau dengan lafaz umum boleh didengar oleh orang ramai, seperti “kenapakah kaum itu melakukan itu... dan itu?” Pernah satu ketika Nabi s.a.w memerintah seorang daripada suku Bani Asad (untuk memungut zakat). Ada pendapat mengatakan namanya ialah Ibn Allutbiyyah. Apabila dia datang menemui Nabi, dia berkata: “Ini untuk kamu dan ini untuk diriku.” Rasulullah s.a.w berdiri di atas mimbar lalu memuji Allah dan bersabda: “Kenapakah seorang amil yang aku utuskan (untuk memungut zakat dan sebagainya) berkata ini ialah untuk kamu dan ini dihadiahkan untukku. Kalaulah dia tinggal di rumah bapanya adakah hadiah itu diberikan kepadanya atau tidak? Dan demi Tuhan yang diriku di dalam kekuasaan-Nya, tidak ada...

Muhammad al-Fateh penakluk Konstantinopel

MUHAMMAD al-Fateh dilahirkan pada 1432 Masihi di Andrianapolis, berdekatan sempadan Turki-Bulgaria. Beliau menaiki takhta pemerintahan pada usia 19 tahun dan menjadi khalifah ketujuh empayar Uthmaniyah. Beliau memerintah selama 30 tahun sebelum meninggal dunia akibat diracun musuh. Beliau yang mendapat pendidikan agama daripada Syeikh Syamsudin al-Wali adalah seorang yang sangat pintar, malah berkebolehan dalam tujuh bahasa iaitu Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Sewaktu berusia 12 tahun, beliau dilantik bapanya sebagai pemimpin di Pulau Magnesia, sekali gus mendidiknya dalam bidang pemerintahan negara. Panglima tentera unggul melatih beliau dalam bidang taktikal peperangan, ilmu memanah dan bermain pedang serta menunggang kuda. Sejak menjadi khalifah empayar Uthmaniyah, beliau membuat kajian terhadap kota Konstantinopel pada setiap malam selama dua tahun. "Saya mesti mengenal titik kelemahan pihak pemerintah Konstantinopel sebelum menyerang mereka. Di samping i...

Lupa rosakkan manusia

ANTARA kelemahan manusia ialah selalu lupa. Banyak sebab menjadi pelupa, antaranya berpenyakit alpa dan nyanyuk serta terlalu banyak berfikir sehingga lupa apa yang sepatutnya tidak dilupakan. Malah, lupa juga berpunca daripada tiada fokus terhadap amalan dan pekerjaan yang dilakukan iaitu melakukan sesuatu tidak sepenuh hati atau dipanggil sesetengah orang tidak masuk hati, lalu cepat lupa. Lupa juga berlaku kerana isteri ramai, asyik memikirkan cara untuk mengelak daripada dimarahi dan strategi sebagai penyelamat daripada diserang. Tetapi antara punca lupa yang menakutkan ialah apabila banyak lupa kepada Allah. Dalam satu ayat al-Quran ada menyebut maksudnya: “Janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang melupai Allah, nanti Allah akan membuatkan kamu lupa diri kamu sendiri.” Lupa diri sendiri menurut ulama antara maksudnya ialah lupa hari akhirat, lupa amalan dosa yang dilakukan hingga tidak terasa hendak bertaubat serta lupa tanggungjawab sebagai suami, isteri dan anak, sehingga...

Solat bina ketahanan diri

SOLAT fardu adalah satu ibadat yang wajib dilaksanakan individu Muslim, baik ketika waktu lapang mahupun sibuk dengan urusan, solat tetap kena dikerjakan setiap hari. Melaksanakan solat ialah melakukannya menurut sebagaimana yang diperintahkan dan ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w, bermula dari takbir, bacaan, perbuatan hingga ke akhir salam dengan hati penuh keikhlasan dan takwa. Orang beriman mesti mendirikan solat kerana solat itu tuntutan iman, manakala iman adalah sifat jiwa dan nur batinnya. Jadi, orang yang mendirikan solat adalah orang beriman dan golongan ini sudah pasti berhak menjadi hamba Allah yang patuh kepada perintah-Nya menurut erti kata sebenar. Mendirikan solat menurut tertib sempurna adalah suatu bisikan dan munajat kepada Tuhan yang dapat mendidik fikiran, hati dan jiwa ke arah kesucian dan kemuliaan. Selain itu, dengan ibadat berkenaan berupaya membimbing akhlak dan gerak geri kehidupan ke jalan yang sejahtera, terpelihara dari segala anasir yang membawa kerosakan...

Derhaka ibu bapa antara 4 dosa besar

SETIAP anak wajib berbakti kepada ibu bapa, lebih-lebih lagi bagi orang Islam yang sangat dituntut untuk berbuat baik terhadap orang tuanya. Ini sebagaimana ditegaskan pada ayat 36, daripada surah an-Nisa’ yang bermaksud: “Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada orang tua (ibu bapa).” Penegasan ini disusuli dengan sabda Rasulullah s.a.w se bagaimana dinyatakan oleh at-Tabrani, maksudnya: “Ber baktilah kamu kepada dua ibu bapa kamu agar anak-anakmu kelak akan berbakti kepadamu. Dan peliharalah dirimu daripada perzinaan agar isteri-isterimu memelihara diri nya.” Berbakti kepada ibu bapa adalah wajib kerana ia hukum Allah. Anak yang enggan berbakti kepada dua ibu bapanya dianggap anak derhaka dan perbuatan derhaka adalah dosa besar. Derhaka kepada ibu bapa termasuk dalam empat dosa besar. Keadaan ini jelas berdasarkan kata-kata nabi yang dinyatakan Bukhari: “Sebesar-besar (daripada) dosa besar adalah me nyekutukan Allah, membun...

Amal sunnah, cinta Nabi

WALAUPUN Nabi Muhammad s.a.w tidak pernah meminta diraikan tarikh lahirnya tetapi 12 Rabiulawal rasanya tidak akan dilepaskan berlalu begitu sahaja. Jika hari lahir kita diingati dan diraikan, apa lagi tarikh lahir insan paling sempurna yang sangat banyak jasa kepada kita malah mencintainya termasuk dalam kesempurnaan iman, tentulah lebih patut diingati. Bagaimana cara dan kaedah menyambutnya itu adalah persoalan kedua. Cuma yang penting ialah cara hidup dan perjuangan baginda mesti diingati. Hari-hari biasa kita berselawat dan mendengar pengajaran sirah di kuliah yang diadakan di masjid-masjid. Justeru, bagi mereka yang mencintai Nabi s.a.w, segala yang bersangkutan dengan junjungan yang mulia adalah besar dan sangat bererti. Nabi Muhammad s.a.w sudah tiada lagi di dunia ini tetapi ajarannya masih bersama kita, bukan sahaja kita mesti menjalani kehidupan dengan Islam sebagai cara hidup tetapi mati pun dengan syariat yang dibawa baginda. Orang kafir yang tidak ada kena mengena dengan R...

Al-Quran, zikir ubat hati

KINI, banyak penyakit ganjil yang menyerang dengan pelbagai nama dan tanda mula dikesan. Manusia sangat takut dengan penyakit. Maklumlah penyakit mendatangkan derita, kecacatan, kekurangan malah kematian. Dalam kesibukan menjaga kesihatan dan pencegahan manusia terhadap penyakit fizikal, penyakit rohani pula menyerang. Penyakit fizikal jika terkena tahu tempat berubatnya, boleh berjumpa doktor tetapi jika terkena penyakit rohani, hendak berjumpa siapa? Payah benar hendak jumpa guru yang murabbi! Bila jumpa doktor, biasanya ada ubat dan penawarnya tetapi penyakit hati apakah ubatnya? Walaupun ada al-Quran dan hadis yang memberikan cadangan mengenainya, berapa ramai yang 'berkenan'? Menelan kepahitan membaca al-Quran, qiyamullail, berpuasa dan sebagainya. Sebagai muhasabah pada Jumaat yang mulia ini mengenai penyakit rohani, elok juga kita meneliti sebuah hadis yang menjadi pesanan Rasulullah s.a.w kepada menantunya Saidina Ali r.a: "Wahai Ali, setiap sesuatu pasti ada penya...

Hati raja kerajaan diri

SETIAP kerajaan mempunyai ketua atau raja. Bagi kerajaan diri, rajanya ialah hati dan kerana itu ia perlu dipelihara sebaik-baiknya, diberikan pendidikan dan asuhan sebegitu rupa, supaya kerajaan yang ditadbirnya dalam keadaan baik. Begitupun, hati mempunyai dua penasihat iaitu akal dan nafsu. Ketika akal mengambil peranan sebagai penasihat, hati menjadi baik kerana pertimbangan dapat dibuat seadil-adilnya, tetapi apabila nafsu menjadi penasihat, hati turut berubah menjadi jahat. Ketika hati menjadi raja kepada sistem kerajaan diri, anggota fizikal yang lain, seperti mata, telinga, mulut, tangan dan kaki adalah rakyat yang perlu mengikut segala perintah dan peraturannya. Jika hati memerintahkan perkara baik, anggota badan sebagai rakyat mengikut saja perintah berkenaan, turut melakukan perkara yang baik, tetapi apabila hati memerintahkan kejahatan, jahatlah perbuatan dilakukan anggota badan. Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda, maksudnya: "Di dalam tubuh anak Adam itu ada seketul ...

Rasulullah rahmat semesta alam

NABI Muhammad s.a.w adalah nabi dan rasul terakhir. Tiada lagi nabi dan rasul selepas baginda. Ini bersesuaian dengan maksud ayat 40, surah al-Ahzab: "Bukanlah Muhammad itu bapa daripada seorang lelaki di antara kamu, tetapi dia Rasul Allah dan penutup nabi-nabi. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu." Baginda dilahirkan pada Isnin, 12 Rabiulawal Tahun Gajah, kira-kira 570 Masihi. Baginda lahir daripada keturunan mulia lagi berkedudukan dalam masyarakat Arab dan diperakui sebagai insan terbaik di kalangan anak Adam. Hadis riwayat Ahmad ada menerangkan, maksudnya: "Sesungguhnya Allah menjadikan makhluk, maka Allah menjadikan aku sebaik-baik makhluk-Nya, Dia menjadikan beberapa kabilah, maka menjadikan aku dalam sebaik-baik kabilah..." Baginda datang daripada keturunan Nabi Ismail, manakala nabi lain daripada keturunan Nabi Yaakub. "Sesungguhnya Allah memilih Ismail daripada anak Ibrahim, memilih Bani Kinanah daripada Bani Ismail, memilih bangsa Quraisy daripa...