Rasulullah solat aidilfitri di tanah lapang

MENURUT ulama, solat hari raya mula dikerjakan oleh Rasulullah s.a.w. ialah solat Aidilfi tri pada tahun kedua hijrah dan Baginda berkekalan mengerjakannya hingga akhir hayatnya.

Hukum melakukan solat Aidilfi tri sebanyak dua rekaat adalah sunat muakkad. Rukun, sunat dan syaratnya sama seperti solat fardu yang lima, kecuali beberapa perkara sunat ada tambahan.

Waktu mengerjakannya bermula dari terbit matahari tetapi sunat diakhirkan hingga matahari naik kira-kira segalah dan berkekalan waktunya hingga gelincir matahari.

Solat Aidilfi tri disunatkan mengerjakannya secara berjemaah, malah Rasulullah s.a.w.

menggalakkan umat Islam, lelaki dan wanita, tua dan muda (termasuk kanak-kanak) keluar melakukannya secara berjemaah bagi menegakkan syiar Islam.

Tetapi sebelum itu disunatkan mandi dan memakai pakaian elok, disertakan wangian kecuali wanita. Disunatkan juga menjamah makanan dahulu sebelum ke masjid untuk mengerjakan solat sunat terbabit.

Pergi dan kembali dari mengerjakan solat disunatkan pula melalui jalan berlainan. Disunatkan juga melambatkan sedikit solat Aidilfi tri (supaya orang yang belum mengeluarkan zakat fi trah berkesempatan mengeluarkannya sebelum solat).

Jemaah pula disunatkan hadir lebih awal, kecuali imam disunatkan melambatkan kehadirannya, kerana sebaik saja dia sampai solat dimulakan dan dia terus menjadi imam, selepas bilal menyeru...(maksudnya): 'Marilah mengerjakan solat dengan berjemaah.' Menurut ulama juga, solat Aidilfi tri boleh dikerjakan di tanah Rasulullah solat Aidilfi tri di tanah lapang lapang dan masjid. Tetapi jika di Makkah, Masjid al-Haram lebih afdal (baik) dengan tiada khilaf (perselisihan) lagi.

Sebaliknya jika di tempat lain, ada ulama mengatakan lebih afdal mengerjakannya di tanah lapang dan ada pula mengatakan lebih afdal mengerjakannya di masjid.

Menurut mazhab Hanafi , Maliki dan Hambali, solat hari raya hendaklah dikerjakan di tanah lapang, kerana Rasulullah s.a.w. ketika hayatnya berkekalan mengerjakannya di tanah lapang - kecuali sekali sahaja Baginda mengerjakannya di masjid disebabkan hujan.

Oleh itu makruh hukumnya jika mengerjakan solat hari raya di masjid dengan ketiadaan uzur, kecuali Masjid al-Haram di Makkah, jadi mengerjakannya di situ lebih afdal.

Menurut mazhab Syafi e pula, lebih afdal mengerjakannya di masjid jika masjid sebuah kampung itu luas dan dapat menampung jemaahnya, kerana masjid ialah sebuah tempat mulia (seperti ditegaskan di dalam al-Quran dan hadis).

Mengenai amalan Rasulullah s.a.w. mengerjakan solat hari raya di tanah lapang sepanjang hayatnya (demikian juga yang dilakukan oleh Khulafa’ al-Rasyidin - Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali r.a.), ada sebabnya iaitu Masjid Nabi di Madinah tidak dapat menampung jemaahnya yang terlalu ramai.

Hakikat ini makin bertambah jelas apabila diketahui penduduk Makkah semenjak zaman Nabi dan seterusnya tetap mengerjakan solat hari raya di Masjidil Haram, kerana masjid itu luas dan dapat menampung jemaahnya.

Kesimpulan mazhab Syafi e dalam masalah ini ialah jika masjid sebuah kampung luas, lebih afdal mengerjakan solat hari raya di situ, sebaliknya jika sempit makruh hukumnya, kerana dalam keadaan demikian, yang afdal mengerjakannya ialah di tanah lapang (jika tiada hujan atau halangan lain).

Sungguhpun solat Aidilfi tri sunat hukumnya, tetapi segala rukun dan syarat serta sunatnya sama seperti solat fardu yang lima, kecuali perkara sunat ada tambahannya, iaitu bertakbir tujuh kali pada rekaat pertama dan lima kali pada rekaat kedua, disertakan dengan bertasbih di antara tiap-tiap dua takbir.

Cara mengerjakan solat sunat Aidilfi tri seperti berikut: Sebaik saja imam memulakan solat dengan melafazkan Allahu Akbar (Takbiratul Ihram yang disertakan dengan niat), selepas itu makmum pula sunat berniat solatnya, seperti lafaz: (Sahajaku solat sunat hari raya Aidilfi tri, dua rakaat, tunai, mengikut imam, kerana Allah Taala).

Selepas itu baru bertakbir dengan Takbiratul Ihram dengan menyebut: Allahu Akbar, disertakan dengan niat di dalam hati.

Kemudian sunat membaca doa Iftitah, seterusnya sunat bertakbir (Allahu Akbar) tujuh kali disertakan dengan mengangkat tangan ke paras telinga. Biarkan imam memulakan takbir yang pertama dahulu kemudian diikuti oleh makmum.

Selepas takbir pertama, imam dan makmum sunat membaca tasbih secara perlahan, iaitu menyebut kalimah tasbih (dalam bahasa Arab).

Kalimah itu bermaksud 'Maha suci Allah, segala pujian tertentu bagi Allah, tiada Tuhan (yang berhak disem bah) melainkan Allah dan Allah Maha Besar.'

Comments

Popular posts from this blog

Anak Itu Kupu-Kupu Syurga

Fadilat ayat terakhir surah al-Hasyr

6 perkara Allah sembunyikan