Posts

Sufi

Sufi selangkah tirai kasihmu ku buka Engkau serahkan cinta hingga dirimu tiada Kasih sufi kau rela pilih derita di dunia Biar rebah di hina kau tak berubah Kau menguasai selautan Yang tersembunyi di genggaman Nafi dan isbat kau sandingkan Sebagai tali pegangan Sufi kau hilang di pandangan Ada di dalam kenikmatan Engkau dan dia pasti tidak akan terpisah Andai tertutup tirai sufi Yang terang tidak nampak terang Inilah siksa menyakitkan sepanjang jalan Inginku tempuh titianmu Dari kekasih ke kekasih Pengabdianku bersamamu kasih Biar rebah di hina kau tak berubah

Belum Berubah Pusara Rasulullah, Maka Kau Sudah Mahu Mengubah Arahan Rasulullah ?

Image
Saudara jemaah sekelian, Subuh ini merupakan hari terakhir kita bersama-sama berkampung disini, di musim ini. Insya-Allah, suatu hari nanti kita akan ketemu kembali di sini jika diizinkan Allah. Yang pasti, kita akan berkumpul jua di satu hari yang telah ditetapkan Allah. Di hari itu, manusia pertama yang wujud di mukabumi juga akan bersama-sama berkumpul dengan kita. Di hari itu juga, kita sudah tidak punya untuk memikirkan apakah yang sedang dan bakal terjadi kepada saudara-mara kita. Yang hanya terlintas di kotak fikiran kita hanyalah, "Apakah untung nasib ku di mahkamah Allah ini ?". Itulah perkumpulan yang akbar, perhimpunan di Padang Mahsyar. Di mana segala amal kebajikan dan amal kemungkaran mendapat perhitungan dan dinilai di mizan. Di situlah nanti akan terbukti sama ada ke syurgakah atau ke nerakakah tempat perhentian kita di negara yang kekal abadi. Saudara-saudari yang dikasihi sekelian. Saya ingin mengambil kesempatan di Subuh terakhir kita bersama kali ini, untu...

BAGAMANA ALAM SEMESTA INI TERBENTUK?

Image
Tahukah kamu apakah alam semesta itu? Ia adalah ruang yang tidak terbatas dan dia mempunyai segala-galanya, bumi, matahari, bulan, planet-planet dan bintang-bintang. Walaupun kamu berjalan berjuta-juta batu kamu tidak akan dapat sampai ke penghujung ruang ini, sebaliknya kamu akan sampai ke titik permulaannya. Puncanya ialah kerana angkasa ini terlalu luas untuk digambarkan. Bumi wujud di dalam ruang yang tidak terbatas ini. Bersama dengan bumi, matahari, bulan, dan berjuta-juta bintang juga wujud bersama. Jadi bagaimana semua benda-benda ini terbentuk? Contohnya, bagaimana matahari boleh tercipta? Atau bagaimana bumi kita muncul? Ada dua bentuk respons kepada soalan ini. Salah satu daripada respons-respons ini adalah benar dan yang satu lagi salah. Mereka yang memberikan respons yang salah hanya mempercayai teori evolusi. Di dalam halaman berikutnya, kami akan menunjukkan kepada kamu respons yang salah terlebih dahulu dan kemudian respons yang benar pula. Respons Yang Salah Mereka yan...

Tahukah Anda???

Pernahkah adik terfikir? "Bagaimana alam ini terbentuk?" "Bagaimana matahari dan bulan terbentuk?" "Di manakah adik-adik sebelum dilahirkan?" "Bagaimana lautan, pokok-pokok, dan haiwan muncul?" "Bagaimana buah-buahan yang harum dan berwarna-warni, seperti pisang, plam, ceri dan strawberi, dapat muncul daripada tanah yang hitam? Siapa yang memberikan warna dan bau kepada mereka?" "Daripada siapakah lebah yang kecil ini belajar membuat madu yang begitu enak?" Bagaimana ia membuat sarang yang mempunyai persimpangan-persimpangan yang lancar?" "Siapakah manusia pertama?" Ibu kamu telah melahirkan kamu. Tetapi manusia pertama tidak mungkin mempunyai emak dan bapa. Jadi, bagaimana manusia pertama muncul?" Tahukah kamu jawapan sebenar? Semua yang kamu saksikan di keliling kamu, termasuk diri kamu, kawan-kawan, ibu bapa, bumi, matahari, makanan kegemaran kamu, pisang, ceri, strawberi, bunga ros berwarna-warni, bunga...

SALAH KONSEP EVOLUSI

Image
Halangan Pertama Yang Gagal diAtasi: Asal Usul Kehidupan Teori evolusi ini mendakwa bahawa semua spesis hidupan wujud dari satu sel tunggal, yang timbul dalam zaman dunia primitif lebih kurang 3.8 ribu juta tahun dahulu. Bagaimana satu sel tunggal membentuk jutaan spesis hidupan yang kompleks, dan sekiranya benar seperti dakwaan mereka bahawa proses evolusi berlaku sedemikian, kenapa kesannya dari rekod-rekod fosil tidak ditemui, merupakan persoalan yang belum dapat dijawab. Bagaimanapun, pertama dan yang paling penting, kita mesti berhenti pada titik pertama dakwaan teori evolusi ini. Bagaimana dakwaan "sel tunggal" ini wujud?. Ketika teori evolusi ini menafikan penciptaan dan tidak menerima sebarang campurtangan kuaas luar biasa, ia mempertahankan bahawa 'sel pertama' terhasil secara kebetulan di dalam lingkungan hokum alam, tanpa sebarang rekaan, perancangan atau peraturan. Berdasarkan kepada teori ini, materi non-hidupan pasti menghasilkan satu sel hidup sebagai h...

MAKLUMAT MENGENAI KEJADIAN DI MASA HADAPAN DI DALAM AL-QUR'AN

Image
Satu lagi aspek keajaiban Al-Qur'an ialah bahawa ianya mendedahkan lebih awal lagi beberapa peristiwa penting yang berlaku di masa hadapan. Ayat 27 surah al-Fath, sebagai contoh menyampaikan khabar gembira bahawa mereka akan menakluk Mekah yang mana ketika itu di bawah penguasaan masyarakat jahiliyyah. "Sesungguhnya Allah akan membuktikan kepada rasulnya tentang kebenaran mimpinya dengan sebenarnya (iaitu ) bahawa sesungguhnya kamu pasti akan memasuki Masjidil Haram, Insya Allah dalam keadaan aman, mencukur rambut dan kepada dan mengguntingnya, sedang kamu ketahui dan Dia memberikan sebelum itu kemenangan yang hampir (Penaklukan Khaibar). (Surah Al-Fath, 27) Dalam pertimbangan yang lebih teliti, ayat ini seolah-olah mengumumkan satu lagi kemenangan yang akan terjadi sebelum kemenangan Mekah. Sebenarnya, seperti yang dinyatakan di dalam ayat, orang mukmin akan mula menakluk perkampungan Khaibar, yang mana ketika itu di bawah jajahan Yahudi dan kemudian memasuki Mekah. Pemberita...

PENGENALAN DIRI DALAM CAP JARI

Ketika Tuhan menyatakan dalam Al-Qur'an bahawa amat mudah bagiNya untuk membangkitkan manusia selepas kematian, cap jari manusia secara khusus ditekankan; Apakah manusia mengira bahawa kami tidak akan mengumpulkan (kembali) tulang-temulangnya?. Bahkan, Sebenarnya Kami berkuasa untuk menyusun (kembali) jari-jemarinya dengan sempurna. (Surah al-Qiyamah; 3-4) Kepentingan dalam cap jari mempunyai pengertian yang istimewa. Ini adalah kerana set cap jari setiap orang adalah unik bagi dirinya. Setiap orang yang hidup atau pernah hidup dalam dunia ini mempunyai satu set cap jari yang unik. Ini adalah sebab mengapa cap jari diterima sebagai satu bukti penting pengenalan diri, yang eksklusif kepada pemiliknya, dan digunakan untuk tujuan pengenalan identiti di seluruh dunia. Tetapi apa yang lebih penting ialah bahawa ciri-ciri cap jari ini baru ditemui pada akhir kurun ke 19. Sebelum itu, manusia menanggap cap jari adalah satu lengkungan yang biasa tanpa sebarang kepentingan atau pengertian y...