Posts

10 Langkah Praktik Untuk Melahirkan Anak Soleh

1. Didik anak-anak kita mengenali Allah. 2. Pastikan anak-anak kita sentiasa mendirikan solat dan menjaga ibadat wajib yang lain. 3. Bekalkan ilmu agama yang secukupnya kepada anak-anak kita. 4. Hidupkan dalam rumah kita suasana Islami (suasana keislaman). Antara perkara yang dapat kita lakukan untuk tujuan itu ialah selalu membaca al-Quran di rumah, membiasakan solat sunat di rumah, hidupkan budaya memberi salam dan mempraktikkan adab-adab Islam dalam rumah. 5. Dekatkan anak-anak kita dengan masjid, musalla atau surau. 6. Tanamkan semangat jihad dan perjuangan Islam ke dalam jiwa anak-anak kita. 7. Tanamkan kepada anak-anak kita sikap cintakan ilmu dan majlis ilmu. 8. Perhatikan dengan siapa anak-anak kita berkawan. 9. Mohon sentiasa dari Allah supaya dikurniakan anak yang soleh. 10. Sentiasa memberi pesanan dan nasihat kepada anak-anak kita.

Contoh peribadi terpuji dalam al-Quran

BAGI seorang manusia, tiada yang lebih bernilai kecuali keperibadian terpuji. Al-Quran menerangkan banyak peribadi dan ciri mulia yang boleh dicontohi, antaranya: # Takut hanya kepada Allah. “Demi sesungguhnya! Jika engkau hulurkan tanganmu kepadaku untuk membunuhku, aku tidak sekali-kali akan menghulurkan tanganku kepadamu untuk membunuhmu, kerana sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan pentadbir sekalian alam.” (al-Maidah:28) # Melaksanakan kewajipan dan tanggungjawab sebagai hamba Allah. “Maka Musa pun memberi minum kepada binatang-binatang ternak mereka, kemudian ia pergi ke tempat teduh lalu berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan.” (al-Qasas:24) # Menyembunyikan perasaan marah dan sentiasa bersikap pemaaf. “Dan orang yang menahan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.” (Ali-Imran:134) # Mem...

Sifat benar punca kemuliaan

SIFAT benar adalah asas kemuliaan, lambang ketinggian, tanda kesempurnaan dan gambaran daripada tingkah laku bersih lagi suci. Sifat inilah juga menjamin dapat mengembalikan hak kepada yang berhak, memperkukuhkan ikatan antara anggota masyarakat, tidak terkecuali sama ada dia seorang ahli ilmu atau politik, hakim atau ahli perniagaan, selama mereka hidup dalam masyarakat yang saling memerlukan satu sama lain. Pada hakikatnya, ia satu sifat Allah, sebagaimana difahami melalui ayat suci bermaksud: “Dan siapakah (pula) yang lebih benar perkataannya daripada Allah.” (an-Nisa’:87) Ia juga adalah sifat keistimewaan yang paling jelas dan wajib ke atas nabi dan rasul. “Ceritakanlah (hai Muhammad) kisah Ibrahim (yang tersebut) dalam al-Quran. Sesungguhnya ia seorang yang sangat membenarkan lagi seorang nabi.” (Maryam: 41) Allah menyuruh Mukmin supaya bertakwa kepada-Nya dan bersama orang yang benar dalam jihadnya, keikhlasannya dan pengorbanannya kerana menegakkan kalimah Allah. Menggabungkan d...

Fadilat ayat terakhir surah al-Hasyr

AMMAR bin Yasar berkata dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang membaca ‘auzubillahis samiul alim minas syaitanirajim’ tiga kali diikuti membaca tiga ayat yang terakhir daripada surah al-Hasyr, nescaya Allah akan menghantar kepadanya 70,000 malaikat khusus untuk berselawat (berdoa) kepadanya hingga pagi. Jika dia mati pada hari itu, maka dia mati syahid”. Alangkah bertuah apabila seseorang itu beramal dengan doa berkenaan pagi dan petang, jika dia mati pada hari itu, Allah kurniakan mati syahid pula. Justeru, adalah lebih baik jika bangun saja daripada tidur terus berdoa atau selepas menunaikan solat Subuh ketika masih bersih daripada sebarang kekotoran dan hadas. Selepas berdoa akan diikuti pula dengan bacaan tiga ayat terakhir dari surah al-Hasyr. Lebih afdal jika dilakukan ketika bangun mendirikan solat tahajud dan witir pada akhir malam. Berkata Yazid bin Raqas dari Anas r.a Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang membaca akhir surah al...

Hiasi diri dengan sifat amanah

ANTARA sifat terpuji ialah amanah dan ia satu daripada sifat Nabi s.a.w. Orang yang bersifat amanah akan disanjungi, dipuji, dihormati, disegani dan didekati, malah menjadi tempat mendapatkan kepercayaan dalam segala urusan. Ia sifat yang sangat dituntut ke atas setiap manusia kerana dengan amanah kehidupan mempunyai sistem dan disiplin, hak keluarga seperti anak, isteri dan ibu bapa terbela, bahkan menjamin kerukunan masyarakat dan kestabilan negara. Berbeza dengan sifat sebaliknya iaitu khianat, yang amat bertentangan dengan amanah. Sekiranya orang yang bersifat amanah dikasihi, orang khianat pula akan dibenci, dicaci dan dihindari kerana khianat membawa kerosakan. Amanah ialah setiap yang wajib dipelihara dan ditunaikan kepada ahlinya yang berhak. Pengertian ini memungkinkan daerahnya yang luas, meliputi semua hubungan. Mematuhi adalah iman dan menghayatinya dengan segala yang diperlukan supaya semakin subur dan tetap subur adalah amanah. Ikhlas dalam ibadat kerana Allah amanah, mel...

Makna mengingati Allah

PADA suatu Subuh, Saidina Bilal melihat Rasulullah s.a.w menangis teresak-esak. Apabila Bilal bertanya mengapakah baginda menangis, lalu Rasulullah s.a.w menjawab baginda baru saja menerima wahyu (ayat 191 hingga 195 surah Ali-Imran). Apakah kandungan ayat berkenaan yang menyebabkan Rasulullah s.a.w menangis? Dalam ayat pertama, Allah menerangkan mengenai sifat orang yang mengingati-Nya pada waktu berdiri, duduk dan berbaring. Menurut Abdullah Yusuf Ali dalam tafsirnya, semua keadaan itu (berdiri, duduk dan berbaring) adalah simbolik untuk semua keadaan termasuk peribadi, kemasyarakatan, ekonomi dan lain-lain. Maknanya dalam seluruh hidup kita sama ada belajar, bekerja, bergaul, berumahtangga malah apa saja, adalah dalam keadaan sentiasa mengingati Allah. Apakah yang dimaksudkan dengan sentiasa mengingati Allah? Adakah ini bermakna kita menyebut perkataan Allah, Allah, Allah, pada setiap masa? Sebenarnya apa yang dituntut Allah ialah supaya kita menentukan setiap perkara yang kita laku...

Kehebatan al-Quran

"FIRMAN Allah, maksudnya: “Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan perbezaan (antara yang benar dan yang salah)...” (al-Baqarah: 185) FIRMAN Allah, maksudnya: “Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan perbezaan (antara yang benar dan yang salah)...” (al-Baqarah: 185) Penurunan al-Quran atau masyhur disebut nuzul al-Quran pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad s.a.w peristiwa yang sangat besar dan tidak dilupakan generasi umat Islam. Nuzul bererti penurunan atau perpindahan dari atas ke bawah (turun) manakala al-Quran bererti bacaan atau himpunan. Ulama meletakkan takrif al-Quran sebagai kalam Allah yang diturunkan ke atas Nabi Muhammad s.a.w dengan perantaraan Jibril a.s serta menjadi ibadat dengan membacanya. Di dalamnya terhimpun ayat yang men...