KISAH IBLIS HAIRAN DENGAN 2 PERANGAI MANUSIA

Tersebut dalam sebuah kita bahawa Rasulullah SAW telah bertanya kepada iblis laknat: “Wahai iblis laknat, apakah ikhtiar kamu sekaran ke atas umatku, sebab aku telah dibangkitkan untuk menyelamatkan semua Bani Adam dari kafir kepada beriman kepada Allah SWT?”


Lalu iblis laknat mengangkat kepalanya ke hadhirat Allah SWT dengan berkata: “Ya Rabbi! Demi KemuliaanMu. Aku akan sentiasa bersungguh-sungguh untuk menarik semua anak-anak Adam untuk mengerjakan kemaksiatan selagi mereka itu masih bernafas, dan hamba akan mencampurkan lelaki dan wanita bercampur gaul secara bebas supaya senang hamba mencelah di dalamnya”


Kemudian turun firman Allah SWT yang bermaksud : “Hai Mala’un, Demi KebesaranKu dan KetinggianKu! Bahawa Aku akan sentiasa sedia mengampuni dosa Umat Muhammad selagi mereka itu meminta ampun kepadaKu”

Rasulullah SAW bertanya kepada iblis: “Wahai iblis laknat, apa lagi yang engkau musykilkan?”

Jawab iblis laknat : “Ya Rasulullah SAW, sebenarnya hamba ini sangat hairan dengan perangai umatmu dalam 2 hal iaitu :-

a) Mereka mengaku menyintai Allah SWT padahal mereka itu taat kepada hamba dengan mengerjakan maksiat.

b) Mereka sangat marah kepadaku tetapi mereka sentiasa menurut segala hasutanku.”

Allah SWT berfirman : “Hai Mala’un! Demi KemuliaanKu dan KebesaranKu, sesungguhnya Aku anugerahi ke atas umat Muhammad itu 2 kebahagiaan:-

a) Kasih mereka kepadaKu, maka Aku jadikan kafarah (penebus dosa) bagi maksiat yang mereka telah lakukan kerana perdayaan kamu.


b) Marah mereka itu kepada kamu, maka Aku jadikan kafarah (penebus dosa) bagi maksiat yang mereka lakukan kepadaKu”


Iblis laknat tercengang-cengang apabila mendengar bahawa umat Muhammad tersangat dikasihi oleh Tuhan Al-GhafuururRahiim yang Maha Mengampuni lagi Maha Mengasihani hambanya dengan limpah rahmatnya.

Comments

Popular posts from this blog

Anak Itu Kupu-Kupu Syurga

Fadilat ayat terakhir surah al-Hasyr

6 perkara Allah sembunyikan